Image

Profil Syarikat

Sejajar dengan moto iaitu “pelanggan sentiasa diutamakan”, ONEZI Mart bukan sahaja membekalkan ratusan produk keperluan harian yang berkualiti untuk pengguna bahkan menawarkan pelan pembayaran fleksibel bagi memudahkan pengguna membeli-belah tanpa wang tunai atau kad kredit. ONEZI Mart ditubuhkan untuk membantu para pengguna mencapai kehidupan yang lebih baik. Hal ini kerana kami memahami para pengguna sentiasa terbelenggu dengan beberapa masalah berikut:
Sibuk bekerja dan tiada masa untuk membeli belah atau malas untuk keluar rumah.
Tidak dapat membeli-belah dalam talian kerana tidak mempunyai kad kredit.
Kos penghantaran yang amat mahal untuk pembelian produk secara dalam talian.
Wang di dalam akaun tidak mencukupi untuk membeli barangan keperluan harian Di ONEZI Mart, kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Kami akan hantar barang keperluan terus ke tempat anda selepas proses semakan status kredit.

Kami berharap anda mempunyai pengalaman membeli-belah
yang mudah dan menyenangkan di ONEZI Mart !